Archenahr. Powered by Blogger.
RSS

Sekolah Agama Dulu - Dulu

Battery! Battery! (menyalak kejap sambil dengar lagu Metallica bertajuk Battery)

Oh ye, sementara sambil2 tengok Final Europa League antara Chelsea dengan Benfica ni; (terketar-ketar jugaklah nak tengok sebab dua2 ni team favourite saya lah), meh saya share sket apa yang saya suka buat zaman dahulukala.

Kenal ni tak;

Sony Walkman - masih dalam simpanan
Masa kat sekolah agama darjah 5, memandangkan saya ni jenis tak suka keluar rehat, (sebab mak bagi bekal), saya suka curi2 dengar walkman kat dalam kelas sambil ada ustaz/ustazah kat depan. Power tak?

Nak tau saya dengar apa? Ni lah yang saya selalu bawak dalam beg;

Metallica - Black Album (1991)
Semua member tak paham satu benda pun yang diorang try dengar masa tu. Hehe. Seronok betol!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Letih Tapi Puas !



Hmmmm... siapa kat sini seorang yang artistik? Hasil kesenian anda tidak cukup dengan sekadar di atas kertas atau arca semata-mata. Jika anda mampu membuat sesuatu yang lebih 'gigantic', semestinya anda mampu membuka mata2 orang. =)

Saya? Tidaklah sebegitu hardcore. Cukuplah sekadar hanya reti mengecat rumah (ada masa, cat rumah, lebih cantik, suka dipandang). Memang hobi saya mengecat rumah. Tapi ianya memang berbeza untuk mengecat simen dan kayu tau! Terus terang dikatakan, rumah kayu lebih susah berbanding rumah batu untuk dicat.
 
Anda tengok kesenian untuk perlu dititik beratkan bagi menghadapi konsentrasi mengecat rumah kayu, begitu rumit. Tapi, jika sudah selesai, semuanya akan menjadi satu kepuasan bagi anda.


Rumah Melaka - rumah idaman saya
Tetapi, tidaklah pula mengecat rumah batu hanya semacam makan kangkung celur, susah jugak, tapi tidak serumit rumah kayu lah. Kelebihannya, cat rumah batu senang ditanggalkan menggunakan air paip, cat kayu memerlukan thinner untuk bersih semula tangan2 kita... Pergh, rumit sampai kena guna sabut kelapa kot !          


Cat simen yang biasa digunakan
Tapi, walau apa pun, semua kerja mengecat amat memerlukan konsentrasi & keikhlasan di tahap tinggi jika kita menginginkan hasil kerja kita puas dipandang. Itulah yang paling penting...

Mak saya dah panggil, nak sambung mengecat bilik (rumah saya rumah kayu + dapur batu je).

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hendak Jadi Manager Bola ...



Bertemu lagi kita pada hari yang sama. Oh ya, kita lihat ye sekarang, hampir semua liga2 bolasepak di Eropah akan melabuhkan tirai mereka dan sudah semestinya kita akan merasa bosan semula pada musim panas ini (walaupun Malaysia tiada 'summer camp', tapi sekarang ini memang panas betul cuacanya).

Apa yang baiknya, sudah semestinya Piala Dunia 2014 akan muncul tak lama lagi, jadi musim panas ini akan diadakan acara Piala Konfederasi 2013 di Brazil.



Piala Konfederasi secara umumnya akan disertai oleh juara2 di setiap benua + juara Olimpik. Jadi, tak perlu lah nak 'highlight' sejarah piala ini sebab saya tau anda mampu untuk 'wiki'. Cuma, dulu2, semenjak saya sudah 'addicted' dengan 'game' FIFA & Football Manager sejak 2002, saya ingin sekali mengimpikan untuk menjadi pengurus pasukan bolasepak (sebab saya ni tak pandai nak jadi player)

Kalau diberi peluang, saya ingin menggunakan formasi 4-5-1;

Senarai pemain impian saya;

GK: Oliver Kahn (Jerman)


RB: Lilian Thuram (Perancis)
LB: Roberto Carlos (Brazil)
CB: Jaap Stam (Belanda)
CB: Alessandro Nesta (Itali)

DM: Claude Makelele (Perancis)
CM: Zinedine Zidane (Perancis)
CM: Michael Ballack (Jerman)
RM: Luis Figo (Portugal)
LM: Pavel Nedved (Rep. Czech)

CF: Ronaldo (Brazil)

Ini mungkin pilihan saya, (tidak termasuk legend2 yang lain). Anda pula bagaimana?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ingin Kembali Aktif ...

Assalamualaikum semua!

Blog. Dahulunya saya pernah mencemuh 'blog' sebagai satu aktiviti yang bosan. Cuma hanya kerana tugasan, saya memerlukan usaha untuk menerbitkan blog. (untuk dapat A dalam subjek)



Tetapi, kini, hati saya terasa ingin berkongsi maklumat dengan anda semua. Saya pun baru bermula setelah beberapa tahun meninggalkan 'blog'.

Harap anda dapat sama-sama berkongsi idea dan pendapat. Tidak lupa juga saya ingin memohon maaf kerana kekurangan 'power' dalam grafik dan 'design' blog saya.

Saya akan cuba 'follow' anda jika tiada apa2 halangan =D



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS