Archenahr. Powered by Blogger.
RSS

Letih Tapi Puas !



Hmmmm... siapa kat sini seorang yang artistik? Hasil kesenian anda tidak cukup dengan sekadar di atas kertas atau arca semata-mata. Jika anda mampu membuat sesuatu yang lebih 'gigantic', semestinya anda mampu membuka mata2 orang. =)

Saya? Tidaklah sebegitu hardcore. Cukuplah sekadar hanya reti mengecat rumah (ada masa, cat rumah, lebih cantik, suka dipandang). Memang hobi saya mengecat rumah. Tapi ianya memang berbeza untuk mengecat simen dan kayu tau! Terus terang dikatakan, rumah kayu lebih susah berbanding rumah batu untuk dicat.
 
Anda tengok kesenian untuk perlu dititik beratkan bagi menghadapi konsentrasi mengecat rumah kayu, begitu rumit. Tapi, jika sudah selesai, semuanya akan menjadi satu kepuasan bagi anda.


Rumah Melaka - rumah idaman saya
Tetapi, tidaklah pula mengecat rumah batu hanya semacam makan kangkung celur, susah jugak, tapi tidak serumit rumah kayu lah. Kelebihannya, cat rumah batu senang ditanggalkan menggunakan air paip, cat kayu memerlukan thinner untuk bersih semula tangan2 kita... Pergh, rumit sampai kena guna sabut kelapa kot !          


Cat simen yang biasa digunakan
Tapi, walau apa pun, semua kerja mengecat amat memerlukan konsentrasi & keikhlasan di tahap tinggi jika kita menginginkan hasil kerja kita puas dipandang. Itulah yang paling penting...

Mak saya dah panggil, nak sambung mengecat bilik (rumah saya rumah kayu + dapur batu je).

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment